Tuesday 1 January 2019

About Me

Assalamualaikum & Salam Perkenalan buat semua yang sudi singgah di blog saya ini. 

Saya Dae Sakura, dan saya akan bahasakan diri saya kat sini sebagai Dae. Lebih mesra dan nama ni ada sentimental value pada saya dan rakan-rakan masa zaman belajar dulu. Jadi, saya abadikan juga di blog ini. 

Buat masa ni, sambil-sambil buat entry pertama ni, ini dulu gambar yang saya akan share dan gunakan sebagai Profile Photo. Senang samakan dengan Profile Photo kat Facebook. Mudah nak cam kan :)

Alhamdulillah, akhirnya bergelar blogger jugak Dae yer pada tahun 2019 ni. Ini semua hasil dorongan daripada Founder Tasneem Naturel, Leader dan juga rakan seperjuangan dalam bisnes Tasneem Naturel.

Jadi, kat dalam blog ni, Dae akan share tentang Tasneem Naturel iaitu mengenai produk, manfaat produk dan bisnes. Dae juga akan share tentang personal life supaya kita lebih saling mengenali, tentang kesihatan anak-anak, tentang hobi dan mungkin juga tentang resepi. Wah! Semoga semakin gigihlah Dae memasak yer dalam kesibukan sebagai wanita yang "sarung macam-macam topi" ni. 

Semoga korang sudi Follow Dae di blog ni dan juga di media-media social channel Dae yang lain. Sudi-sudilah juga tinggalkan komen kat blog ni tau, InsyaAllah Dae akan lawat blog korang dan Follow korang pulak. 

Eh, panjang pulak celoteh. Eksaited tau kita dah ada blog ni. Betul la, menulis di blog ni salah satu terapi yang sangat besttt! Okey, sampai sini dulu. Nanti kita jumpa lagi dalam entry akan datang. Salam perkenalan sekali lagi dan wassalam.

XOXO;
Dae Sakura
Kita saling melengkapi, bahagia & membahagiakan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...