Friday 25 January 2019

7 Tanaman Hiasan Yang Sesuai Untuk Dalam Rumah (Indoor Plant)

Siapa kat sini suka letak pokok hidup dalam rumah? Dae ada sorang kawan kat Facebook, dia memang obsses sangat dengan indoor plant! Bila tengok kat Facebook dia, kerap sangat dia pergi nurseri beli pokok. 

Korang mesti tau kan, bila letak indoor plant dalam rumah, ia boleh beri manfaat pada kita. Udara yang lebih bersih dan segar, suasana yang lebih nyaman dan tenang dan juga kesan untuk kesihatan yang lebih baik. 

Namun, bukan semua pokok sesuai diletakkan dalam rumah. Jom, kita kenali 7 jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk diletakkan dalam rumah.


1. Golden Pothos 
Juga dikenali dengan nama Money Plant. Ia boleh membersihkan udara dalam rumah. Pohon yang memiliki spesis daun seperti keladi ini mudah dijaga dan tak perlukan cahaya matahari yang banyak. 





2. Spider Plant
Sejenis tumbuhan seperti rumput. Kombinasi warna daun hijau dan putih menjadikannya sangat cantik sebagai dekorasi di dalam rumah.






3. Aloe Vera
Aloe Vera memang tidak asing lagi dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Bila dah tanam, hendak guna, petik sahaja. Aloe Vera juga mudah dijaga dan tak perlukan banyak perhatian. Ia boleh membiak dan membesar dengan cepat. 



4. Bamboo Palm
Jangan tertukar dengan anak pokok kelapa sawit sudah la yer hehe. Bamboo palm memang pokok yang sangat cantik daunnya!



5. Snake Plant
Kalau kat Malaysia, nama dia menyeramkan sikit: Lidah Mak Mertua. Haaa, betapa tajamnya Lidah Mak Mertua, mak mertua saper la tu, Oh, mungkin mak mertua Kassim Selamat, iaitu Nyonya Mansur hehe. Pokok ni, paling sesuai untuk sesiapa yang baru nak berjinak-jinak tanam pokok hiasan. Tahap survival dia untuk hidup memang tinggi! Oh yer, ada bermacam-macam jenis pokok Snake Plant ni, memang rambang mata melihatnya.


6. Peace Lily
Bunganya memang cantik. Bentuk daunnya juga sangat menarik. Letak dalam vase atau bakul yang cantik, memang berseri dekorasi rumah kita.




7. Monstera
Monstera memang ada peminatnya yang fanatik kalau kita tengok kat Instagram! Montera mempunyai daun berkilau dan bergerigi yang cantik. Di dalam ruangan ukuran daunnya mampu membesar sehingga telapak orang dewasa. Memang sangat cantik! Harga pun cantik hihi. 

Kalau nak cuci mata tengok pokok-pokok dalam rumah aka indoor plant, korang boleh layan kat IG. Ya Allah, memang rambang mata dibuatnya! Kalau mat salleh dan minah salleh punya pokok lagi la cantik-cantik. Gigih betul dorang jaga pokok. Lepas tu, shoot gambar pun sangatlah menarik. Haa cepat pergi bukak IG cuci mata. Terapi! 

Thursday 24 January 2019

Tips Bisnes Online

Sebagai penjual online, mungkin kita pernah lalui fasa-fasa down, putus asa dan stuck dan tak tau nak buat apa dah. Rasa dah buat macam-macam dah, tapi kenapa takder sale, kenapa belum ada hasil, kenapa tak konsisten sale yang kita dapat. 

Inilah lumrah dalam bidang bisnes, tak kiralah online mahu pun offline. Sebab itulah, hanya yang benar-benar kental saja mampu bertahan dalam dunia bisnes yang kejam mencabar ini!

Harini, Dae nak share dengan korang, Tips Bisnes Online yang boleh kita jadikan panduan dan semangat untuk terus berjuang!

Teruskan iklan!
💴 Walaupun friendlist facebook tak belanja Like atau komen
💴 Walaupun family sendiri tak beli apa kita jual
💴 Walaupun kawan sendiri tak pernah bagi semangat 
💴 Walaupun kadang terasa down sebab tiada siapa sudi tanya harga
💴 Walaupun terpaksa terima sindiran dari orang sekeliling
💴 Walaupun untung sikit tapi kita kerja keras
💴 Walaupun ada kawan Facebook yang akan remove kita dari friendlist diorang




Sebab bisnes mengajar kita erti tawakkal. Tawakkal selepas berusaha. Kerana bisnes mengajar kita berfikiran positif dengan orang-orang disekeliling kita. Kerana bisnes kita belajar bersabar mengendalikan emosi apabila berhadapan dengan pelanggan yang cerewet.



Belajar untuk menerima teguran, belajar mengakui kelemahan diri dan belajar berdikari. Kerana bisnes mengajar kita erti pentingnya silaturrahim. Kerana bisnes menjadikan kita manusia yang tidak pernah berputus asa.


Jadi berbisnes lah walaupun kita sudah kaya. Supaya dapat memupuk sifat positif dalam diri. Berbisneslah agar kita dapat menjadi penyumbang zakat yang banyak. Islam tidak melarang kita menjadi kaya-raya, asalkan kita sentiasa berada pada landasan yang betul. 
Selamat berbisnes online wahai rakan seperjuangan sekalian! Korang boleh baca sharing berkaitan motivasi dengan menekan link ini: Catatan Motivasi dan Rohani

Wednesday 23 January 2019

"BALM BALMKAN ANAKMU"

Tasneem Naturel memperkenalkan Balm essentials oil yang dihasilkan dari bahan semulajadi (organic) yang selamat untuk dos bayi hingga dewasa. Dae nak share tentang 5 jenis Balm Tasneem ni ðŸ˜Š



Calm Time: Tasneem Naturel ada minyak pati geranium.
Diekstrak dari batang dan daun, ianya mampu melegakan tekanan, mengurangkan kemurungan, mengimbangi hormon dan melancarkan peredaran darah.

Minyak pati lavendar juga ada dengan memberikan rasa rileks pada saraf, menstabilkan mood & daya tumpuan yang lebih baik.

Frankinsense eo pula berperanan melegakan rasa bimbang & tekanan seseorang. Juga membantu merehatkan saraf dan meredakan kemarahan.

Ia juga sesuai untuk menenangkan dan merilekskan anak. Juga untuk mendapatkan daya tumpuan dan fokus yang lebih tinggi.




T-Rub: Minyak pati halia (ginger). Ia membantu masalah kembung perut & ketidakselesaan perut. Juga membantu pembuangan toksin dari badan. Paling utama, eo ginger ini merangsang pengeluaran jus gastrik & air liur yang boleh membantu dalam penghadaman.

Wild mint eo juga ada dalam resepi T-Rub. Di mana ianya membantu mengendurkan otot usus. Juga bertindak untuk membuang angin dalam perut dan membantu masalah ketidakhadaman.

Minyak pati serai pula berupaya meningkatkan fungsi sistem penghadaman. Ia juga membantu mengurangkan masalah usus & pencernaan. Di samping mencegah pembentukan gas yang berlebihan di dalam usus. 

Sesuai untuk sakit perut, gastrik, kembung perut, cirit- birit dan sembelit




Sleep Time: Mengandungi minyak pati kayu cedar. Ianya merangsang perembesan hormon melatonin iaitu hormon tidur. Hormon ini yang membolehkan seseorang tidur dengan lebih nyenyak. Ianya juga mampu untuk meningkatkan daya tumpuan.

Minyak pati lavendar pula mampu meningkatkan kualiti tidur, mood yang lebih stabil & juga daya tumpuan yang lebih baik.

Bergamot eo yang ada juga dapat mengurangkan ketegangan otot. Aromanya yang segar merangsang ketenangan dan rasa rileks dalam diri.

Minyak pati ylang ylang.
Membantu mengawal tekanan darah, mengawal corak pernafasan & mengurangkan adrenalin iaitu rasa bimbang, marah dan takut.

Sesuai untuk memudahkan tidur, mendapatkan tidur yang nyenyak dan juga untuk kanak² ADHD




CF-Rub: Mengandungi EO orange. Orange bagus kerana kaya dengan antioksida d-limonene. Membantu menghapuskan toksin dalam badan.

Eycalytus eo iaitu minyak pati kayu putih.
Berkesan merawat alahan dan resdung. Sangat membantu mencairkan kahak.
Dan ianya juga membantu merawat asthma dengan bertindakbalas terhadap membran mukus yang mana mengurangkan perembesan lendir.

Tea trea eo pula merupakan antibiotik yang terbaik. Ia membantu masalah pernafasan melegakan asthma,selesema dan batuk.
.
Ada juga eo cypress yang dapat menghapuskan kahak yang terkumpul dalam saluran pernafasan dan paru².

Sesuai untuk mengurangkan batuk berkahak, selsema, asthma dan suhu ketika demam..




Skeenz: Mengandungi 10 bahan-bahan organic perlembab terbaik yang dirumus Khas untuk kulit sensitive.dan mampu merawat sehingga ke lapisan dermis seperti: Beeswax,Shea butter,Olus oil,Argania spinosa,Octyldodecanol, Ribes Nigrun ( Blackcurent oil ),Helianthus Annuus ( sun flower ), Cardiospermum extract,Tochoperol, Rosmarinus O Cinalis (rosemary ) Leaf extract,Coco Caprylate/caprate

Sapu kan pada tempat yang bermasalah: Eczema, ruam, allergic, nanah, kudis, chickenpox, luka, gigitan serangga & nyamuk.


Nak dapatkan balm Tasneem, boleh hubungi Dae. Tekan saja link whatsapp ni:


Balm-balmkan Anakmu dengan Tasneem Balm!

Tuesday 22 January 2019

10 Cara Bagaimana Bangkit dari Jatuh

Harini dah hari Selasa. Kebanyakan negeri cuti sempena Thaipusam semalam. Ada yang rasa lemau ke pagi ni? Maklumlah, 3 hari cuti, harini dah kena mulakan rutin semula. Apa pun, tak boleh laaa nak layan perasaan lama-lama, rugi! Masa tak tunggu kita. Jadi, kena cepat bangkit!
Okey, sebut perkataan bangkit, Dae teringin nak share kat sini, 10 Cara Bagaimana Bangkit dari Jatuh. Bukan jatuh tangga atau jatuh tergolek sebab silap pijak, tapi jatuh dari apa yang kita usahakan atau impian kita. Dalam hidup ni, rasanya takder perjalanan dan perjuangan hidup seseorang tu smooth ajer kan?  Pasti ada liku-liku dilalui, dan pasti pernah terjatuh. Jadi, bila dah jatuh tu, kena cepat-cepat bangkit. Teruskan perjuangan, kerana orang yang kental dan sabar akan menjadikan kejatuhan itu sebagai kekuatan untuk melompat lebih tinggi!


Jadi, inilah 10 Cara Bagaimana Bangkit dari Jatuh yang boleh kita amalkan:

1. Pertama sekali kena mengaku bahawa semua silap berpunca dari kita.

2. Istighfar dan solat taubat. Reset diri sendiri ke zero point.

3. Set matlamat baru. Lebih tinggi daripada yang dicapai sebelum ini.

4. Lupakan masa gemilang lepas, lupakan waktu riang lepas. Anggap segala bermula dari tiada. Dari tiada kepada ada. From zero to hero. Build from nothing.

5. Asingkan kawan negatif dan positif, tinggalkan yang negatif dan mixed dengan positif people.

6. On connection dengan Allah SWT, Off connection dengan makhluk yang tak memberi manfaat. Keep attached dengan Allah.

7. Bahagi masa kepada 3 bahagian, rehat, kerja dan ibadat.

8. Believe, believe dan believe. Percaya dan yakin 1000% akan bangkit semula.

9. Banyak tersenyum dari merenung. Walaupun yang dapat musibah ataupun pun kebaikan.

10. Buat, buat dan buat! Jangan pandang belakang, kiri kanan, side mirror pun jangan tengok. Jalan terus sahaja....*sesekali jer tengok!



Dae pun ada masanya rasa down sangat. Namun, bila baca tips-tips sebegini, terus datang kembali semangat untuk teruskan perjuangan. Semoga tips 10 Cara Bagaimana Bangkit dari Jatuh yang dikongsikan ini dapat sama-sama kita manfaatkan. InsyaAllah. 

Monday 21 January 2019

10 Formula Menjemput Rezeki

Harini, Dae nak share kat sini 10 Formula Menjemput Rezeki yang Dae baca di FB. Semoga apa yang dipanjangkan ini dapat kita manfaatkan sebaiknya.


10 Formula Menjemput Rezeki

1. DHUHA. 
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.


2. TAHAJJUD. 
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat Tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL QURAN. 
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa-apa dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.


4. ZIKIR. 
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH 
Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM. 
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.


7. BERSEDEKAH. 
Sedekah punyai satu power yang luarbiasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

8. SOLAT AWAL WAKTU
Solatlah di awal waktu. Jika tengah susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. 
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA. 
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur


Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.

2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH, INSYAALLAH.
Wallaahua'lam.

Friday 18 January 2019

10 Tips untuk Mendapat Jiwa yang Tenang

Assalamualaikum & Salam Jumaat.

Kita selalu dengar ungkapan: "Jiwa yang tenang akan menang"

Kenapa jiwa yang tenang akan menang? 
Antara sebabnya ialah ketenangan jiwa adalah perkara yang tidak boleh dijual beli. Dalam apa jua situasi pun, jika ia dihadapi dan ditangani dengan jiwa yang tenang, InsyaAllah akan membuahkan kemenangan dan kejayaan. 

Jiwa yang tenang akan memberi peluang pada akal fikiran yang waras untuk membuat keputusan dan bertindak. Tindakan kita adalah refleksi daripada pemikiran kita. Jika kita marah, pasti jiwa kita tidak tenang. Mungkin kita akan mula memaki-hamun, memukul dan sebagainya. Ini antara contoh yang selalu berlaku.  Semoga kita semua adalah pemilik jiwa yang tenang, Amin Ya Mujib.

Okey, sempena hari Jumaat yang indah ini, Dae nak share 10 Tips untuk Mendapat Jiwa yang Tenang yang boleh kita jadikan amalan kita secara istiqamah.

1.Tidak Membenci
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah pada kita. 


2. Tidak Merungut
Jangan berkeluh-kesah, namun sebaliknya banyakkan berdoa.


3. Bersederhana
Hidup sederhana walaupun kita ada kedudukan tinggi dan berharta. 


4. Bersangka Baik
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa ditimpa ujian.


5. Sentiasa Senyum 
Senyumlah walaupun hati terluka.


6. Selalu Memberi
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya.


7. Dia Tanpa Pengetahuan Mereka
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya.


8. Tidak Berdengki dan Iri Hati
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman, berdoalah semoga kita jua berjaya sepertinya. Jika anda dengki dengan mengaibkan dia, ingatlah segala amal baik kita pasti hangus! Kerana Allah tak terima amal kebajikan orang yang berhasad dengki. Sucikan hati.


9. Mudah Memaafkan
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan di dalam memaafkan.


10. Hindari Permusuhan
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda. 


Semoga 10 Tips untuk Mendapat Jiwa yang Tenang ini dapat kita amalkan. Selamat berhujung minggu dan jom luangkan masa berkualiti bersama keluarga. Oh yer, jika nak dapatkan Balm Tasneem, boleh contact Dae. Tekan jer terus whatsapp link ni: www.wasap.my/60134540247/BalmTasneem/

Thursday 17 January 2019

Hobi dan Impian

Dalam kesibukan sebagai isteri, ibu, kerja hakiki dan juga bisnes Tasneem Naturel, Dae bersyukur sebab masih punya kesempatan masa untuk melayan hobi. 

Hobi Dae ialah dengan tanam-tanaman. Tak kesahlah pokok apa pun. Pokok bunga yang ada bunga, pokok bunga jenis tak berbunga, pokok buah-buahan dan sayur-sayuran... semua Dae suka!



Dae suka dengan tumbuh-tumbuhan, sebab alam semulajadi seperti ini sentiasa mengingatkan Dae akan kekuasaan Allah swt yang Maha Menciptakan dan Maha Berkuasa menciptakan setiap makhluknya. Setiap makhluknya dijadikan dengan peranan masing-masing untuk saling melengkapi antara satu sama lain dalam ekosistem kehidupan.



Dengan melihat dan menikmati keindahan ciptaan Allah ini jugak, ia adalah sebagai terapi jiwa dan fizikal. Mata rasa sejuk jer memandang pokok-pokok, terutamanya pokok bunga. Hati akan rasa damai dan berbunga-bunga. Itulah agaknya timbul perumpamaan zaman sekarang "hati berbunga-bunga", dalam hati ada taman"... Inilah dia terapi yang sangat Dae sukai. Penat dengan urusan harian, jika dapat membelai pokok, terasa damai sangat. Release stress. 



Sebab tu jangan pelik bila tengok orang bercakap dengan pokok tau. Pokok kan benda hidup, jadi dia pun dapat dengar apa yang kita cakap. Itulah ada petua, kalau nak pokok berbunga atau berbuah, kita kena pujuk dia, cakap sayang kat dia, nak tengok bunga dia, nak merasa makan buah dia. Tapi ada juga yang dah tak tahan sangat menunggu, dia ugut nak tebang terus! Hahah. 



Nanti, Dae akan share tentang pokok-pokok untuk kita sama-sama buat terapi mata kat blog ni. Eh, lupa nak cakap, Dae ada impian untuk miliki nurseri tau. Doakan semoga impian Dae ni akan tercapai. Amin. Sehingga berjumpa lagi. Bye!



Ambik aura dan affirmation. InsyaAllah akan termakbul impian Dae dengan izin dariNya. Amin

Wednesday 16 January 2019

5 Tips Nak Bisnes Sambil Kerja

Zaman sekarang ni, bukanlah satu hal yang pelik bila wanita bisnes sambil bekerja. Dengan adanya kemudahan gadjet yang on-the-go, produk dan sistem bisnes yang semakin canggih dan meledaknya trend online shopping, ramai yang ambil peluang berbisnes walaupun masih bekerja.

Eh, Dae pun termasuk dalam golongan wanita bisnes sambil bekerja tau! Jadi, harini Dae nak share 5 tips nak bisnes sambil bekerja, berdasarkan pengalaman Dae dan juga hasil rujukan dan bacaan. Jomlah kita sama-sama baca dan cuba praktikkan. 


5 Tips Nak Bisnes Sambil Kerja:

1. Pilih jenis bisnes yang tak mengganggu kerja hakiki
Antara bisnes yang sesuai ialah sebagai dropship atau agent yang mana kita boleh pilih untuk uruskan order, stok dan parcel sendiri atau leader atau HQ uruskan. 

Kita hanya fokus pada urusan marketing dan pelanggan jer. Bila dah close order dan dapat payment, kita serahkan pada pihak leader atau HQ uruskan. Jimat masa, tenaga dan kos! Jadi ia tidaklah mengganggu urusan kerja hakiki kita. 


2. Sanggup korbankan masa
Ini kita kena kental sikitlah. Yelah, dah penat kerja hakiki, lepas tu balik rumah nak uruskan keluarga, lepas tu nak kena buat kerja bisnes pulak. Takper, kita kena ikhlas dan kental korbankan sikit masa. Dalam sejam hingga 2 jam sahaja jika kita betul-betul FOKUS dalam tempoh masa tu, dah memadai dah. Jangan pulak time tu lah jugak nak sebuk layan FB la, layan IG la, haaa itu bagi 8 jam pun tak cukup hihi. Jadi, kena disiplin!


3. Jadualkan Posting
Jika kita gunakan blog, fanpage dan facebook personal, kita boleh jadualkan posting kita. Buat schedule posting secara konsisten untuk setiap channel marketing yang kita gunakan. Seeloknya buat pada hari minggu. 


4. Minta bantuan pasangan jika perlu
Sebagai isteri, yang terbaik ialah memohon restu suami untuk berbisnes. Dengan adanya restu suami, kita bukan saja dapat keberkatan dan doa, kita juga lebih mudah untuk minta pertolongan beliau. Contohnya kita nak buat entry schedule post di blog untuk seminggu pada hari minggu, ia akan memakan masa berjam-jam. Jadi, mintalah tolong suami jaga anak. Kalau pandai beli jiwa, boleh mintak tolong dia masak sekali. Haha, apa salahnya, nak merasa air tangan suami pulak, ye dokkk? 



5. Jangan ganggu waktu kerja hakiki untuk urusan bisnes!
Ini perlu ditekankan dan diambil perhatian. Jaga keberkatan rezeki kita. Elakkan buat sebarang urusan bisnes semasa sedang dalam waktu kerja hakiki. Takper, sabar jika ada orang tanya pasal bisnes atau produk. Doa jer dengan Allah, semoga jagakan rezeki kita. Kalau dah rezeki kita, tak ke mana jika ia telah tertulis untuk kita. Mana lagi penting? Dapat sale atau dapat rezeki yang berkat kerana kita jaga apa yang wajib kita dahulukan?


Itu saja 5 tip nak bisnes sambil kerja yang Dae nak share pada harini. Semoga ianya bermanfaat dan ia juga adalah pesanan untuk Dae juga. Sehingga berjumpa lagi. Bye!

Tuesday 15 January 2019

Surirumah Pun Boleh Bantu Jana Pendapatan

Pejam celik, pejam celik, harini dah pun masuk setengah bulan kita berada dalam tahun 2019. Rasa masa cepat berlalu. Apatah lagi bila menjelangnya musim sesi persekolahan 2019 lepas, duit mengalir macam air terjun! Lajuuuuu! Dok hitung berapa hari lagi gaji nak masuk. 


Walaupun kita disarankan untuk berjimat cermat, namun setakat mana kita mampu melakukannya. Atau dengan bahasa mudahnya: "celah mana lagi nak berjimat, kalau harga barang naik melambung-lambung... takkan nak makan ubi kayu rebus kot... ubi kayu pun mahal sekarang ni". Begitu Dae bagi contohnya. Melampau tak contohnya? Hihi.


Kepada yang berpendapatan tinggi, ia mungkin tidak memberi apa-apa kesan. Tetapi bagaimana dengan golongan sederhana dan yang berpendapatan rendah. Kehidupan pasti kian terhimpit. Tekanan daripada segi kewangan secara tidak langsung menyumbang kepada tekanan dalam diri dan keluarga. Ia melahirkan seorang individu, keluarga dan masyarakat yang tidak sihat daripada segi emosi dan fizikal.


Tapi, walau bagaimana kita mengeluh, marah, kecewa dan tidak berpuas hati sekalipun, kita sebagai rakyat jelata hanya perlu akur sahaja. Bak kata pepatah umpama anjing menyalak bukit. Ia tidak memberi apa-apa kesan pun, malah kita yang sakit tekak sedangkan keadaan tak berubah pun!


Untuk wanita bekerja, sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pendapatan keluarga. Dengan gaji bulanan yang diperolehi, mereka dapatlah menyumbang dan membantu apa yang perlu. Bersyukur sangat sebab Dae pun masih lagi diberi kurniaan rezeki bekerja dan berpendapatan tetap. 


Namun, surirumah jugak tak kurang juga peluang untuk mereka jana pendapatan dari rumah. Malah, mereka lebih lagi berpeluang jana pendapatan yang lumayan kerana mereka boleh tentukan bisnes apa yang mereka nak ceburi, kebebasan masa untuk uruskan bisnes dan keluarga dan juga lebih fleksibel dalam menentukan hala tuju bisnes.   


Macam rakan-rakan Dae dalam bisnes Tasneem Naturel, termasuklah Master Leader Aminah Hussain dan Master Leader Sakinah Hamid. Mereka berdua adalah surirumah yang menjana pendapatan lumayan dengan bisnes Tasneem Naturel. Sebab itulah, Dae sanggup korbankan masa dan tenaga untuk bisnes Tasneem Naturel. 


Tak apalah, penat dan terkejar-kejar masa antara keluarga, kerja hakiki dan juga bisnes, namun Dae akan teruskan perjuangan ini. Lagi pun, produk-produk Tasneem ni dapat bantu ibu bapa untuk untuk mendapatkan produk bayi dan kanak-kanak yang selamat. Syukur sangat dapat kongsi manfaat dan sebarkan kebaikan produk-produk Tasneem.


Jadi, jika korang adalah surirumah, korang juga boleh jana pendapatan dari rumah dengan bisnes Tasneem Naturel. Surirumah boleh bantu suami jana pendapatan. Tak ada bezannya kita ni, asalkan kita ada matlamat dan kesungguhan untuk berjaya. 


Dae sangat alu-alukan korang yang berminat nak berbisnes dengan Tasneem Naturel. Nanti, bolehlah contact Dae. Kita cerita panjang kat whatsapp.

Tekan jer link ni tau: www.wasap.my/60134540247/

Monday 14 January 2019

5 Tips Didik Anak Kemas Mainan

Pernah tak kita sebagai ibu-ibu rasa geramnya bila anak buat sepah mainan! Masa nak main tu, dah pesan dah: “Lepas main kemas mainan yer”.

Tapi… penyudahnya? Ibuuuuu jugak kena kemas *sigh*



Jadi, macam mana kita nak didik anak-anak supaya bertanggungjawab untuk kemas semula mainan mereka setelah selesai bermain? Dae ada 5 tips didik anak kemas mainan yang boleh kita cuba praktikkan.


1.  Didik anak sejak dari bayi lagi
Bila kita bermain bersama bayi, kita terus ajar mereka berkemas. Masukkan mainan dalam bekas mainan. Sambil bercakap dan buat. “Okey sayang, kita dah siap main. Jom kita kemas sama-sama”.


2. Sediakan  bekas mainan berbeza untuk setiap jenis mainan.
Dengan cara ini, mainan tidak bercampur-aduk. Senang untuk bermain dan mengemas semula. Anak-anak juga lebih fokus ketika bermain kerana mereka tak jadi “kemaruk” semuanya nak main serentak!


3. Keluarkan hanya 1 bekas permainan pada setiap sesi bermain.
Ini berkait dengan tips #2 di atas. Semakin banyak semakin meriah = semakin bersepah! Jadi, keluarkan hanya 1 bekas permainan sahaja pada setiap sesi. Nak main mainan lain? Haa, kemas dan simpan dulu mainan dok main ni. Lepas tu, baru boleh ambil bekas mainan lain pulak!



4. Semai rasa sayang dan tanggungjawab anak pada mainan.
Bila ada rasa sayang dan tanggungjawab pada mainan, anak-anak pasti akan jaga dengan baik. Dah lepas main, kemas dan letak tempat yang sepatutnya. Macam mana nak semai rasa sayang dan tanggungjawab ni? Kita sebagai ibu-bapa kenalah terap nilai ini sejak mereka bayi lagi.


5. Beri galakan dan penghargaan atas usaha anak mengemas.
Anak-anak suka diberi galakan dan penghargaan. “Wah, baguslaa anak ibu, kemas mainan sendiri. Terima kasih sebab bantu ibu”.




Semoga 5 tips didik anak kemas mainan yang Dae share ini dapat kita praktikkan untuk anak-anak kita. Didikan untuk anak-anak bermula dari bayi lagi dan dari rumah. Ibu bapa perlu mainkan peranan secara konsisten, lembut tetapi tegas agar kita dapat bentuk sikap dan sahsiah anak sejak dari rumah lagi.


InsyaAllah, Dae akan share lagi tips Keibubapaan dalam entry akan datang. Sehingga berjumpa lagi. Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...