Thursday, 3 January 2019

Sejarah Tasneem Naturel

Balm Tasneem Naturel mula beroperasi pada bulan November 2016. Jadi produk ini telah berada di pasaran lebih kurang 3 tahun usianya. Genap setahun beroperasi iaitu pada November 2017, jualannya telah mencecah melebihi 50k unit balm. Alhamdulillah. Maksudnya apa? Maksudnya wujud permintaan yang tinggi.

Balm Tasneem: Sesuai dengan keperluan bayi dan kanak-kanak

Ikut sejarah, balm ini asalnya "homemade". Dibuat dan 'dimasak' sendiri oleh Founder Tasneem Naturel dirumah beliau sendiri. Sekarang, demi memenuhi permintaan pasaran yang makin tinggi, ianya sudah dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP dan lebih lebih terjamin dari sudut kebersihan.


Sejarahnya lagi, balm ini dibuat atas permintaan seorang ibu yang meminta cadangan bagaimana nak atasi masalah anak suka mengamuk. Kalian pun mesti ada masalah anak yang sama kan? 


Kita faham, anak mengamuk/tantrum ada banyak faktor, antaranya;
• Tak cukup tidur
• Perut tak selesa
• Hidung tersumbat
• Panas
• Penat
• Letih bermain
dan lain-lain.

Antara testimoni Sleep Time Balm daripada pelanggan

Jadi, Tasneem Naturel bantu sediakan solusi dengan menggunakan essential oils sebagai bahan utama dalam pembuatan balm ini. Basically, penggunaan essential oils inshaAllah dapat bantu menstabilkan hormon anak yang meragam.


Tasneem Naturel mengambil inisiatif untuk mengeluarkan solusi ini dalam bentuk 'balm' supaya para ibu mudah sapukan pada anak, mudah dibawa dan juga harga mampu milik. 


Sebabnya jika guna EO yang asal, kita kena dilute sendiri/DIY sendiri 2-3 jenis EO, baru ia dapat berfungsi dengan baik apabila dititiskan ke dalam diffuser. Itu baru kalau guna diffuser. Bukan balm ya.


Tapi di Tasneem Naturel, kita dah campurkan 6-7 jenis EO dalam satu-satu jenis balm. Banyak kan? Jadi ibu-ibu tak perlu susah-susah buka "lab" sendiri di rumah. Hehee. Plus, ianya lebih menjimatkan. Bayangkan kalau ibu-ibu buat sendiri balm dari EO, berapa kos agaknya nak kena keluarkan untuk beli 6-7 jenis EO?


Pasti pengguna EO labih tahu kan? Inilah permulaannya. Selepas itu baru dikeluarkan 3 lagi jenis balm yang berbeza fungsinya tetapi ia adalah masalah tipikal anak-anak kecil. Maksudnya balm ini bukan lagi satu kehendak, tetapi ia sudah menjadi keperluan ibu-ibu di luar sana.

Inilah packaging baru balm Tasneem Naturel hasil kolaborasi dengan Omar Hana. Semoga Tasneem Naturel terus maju dan mengeluarkan produk-produk untuk bayi dan seisi keluarga yang berasaskan bahan natural dan selamat untuk kita gunakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...