Assalamualaikum & Salam Jumaat.
Kita selalu dengar ungkapan: "Jiwa yang tenang akan menang".
Kenapa jiwa yang tenang akan menang?
Antara sebabnya ialah ketenangan jiwa adalah perkara yang tidak boleh dijual beli. Dalam apa jua situasi pun, jika ia dihadapi dan ditangani dengan jiwa yang tenang, InsyaAllah akan membuahkan kemenangan dan kejayaan.
Jiwa yang tenang akan memberi peluang pada akal fikiran yang waras untuk membuat keputusan dan bertindak. Tindakan kita adalah refleksi daripada pemikiran kita. Jika kita marah, pasti jiwa kita tidak tenang. Mungkin kita akan mula memaki-hamun, memukul dan sebagainya. Ini antara contoh yang selalu berlaku. Semoga kita semua adalah pemilik jiwa yang tenang, Amin Ya Mujib.
Okey, sempena hari Jumaat yang indah ini, Dae nak share 10 Tips untuk Mendapat Jiwa yang Tenang yang boleh kita jadikan amalan kita secara istiqamah.
1.Tidak Membenci
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah pada kita.
2. Tidak Merungut
Jangan berkeluh-kesah, namun sebaliknya banyakkan berdoa.
3. Bersederhana
Hidup sederhana walaupun kita ada kedudukan tinggi dan berharta.
4. Bersangka Baik
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa ditimpa ujian.
5. Sentiasa Senyum
Senyumlah walaupun hati terluka.
6. Selalu Memberi
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya.
7. Dia Tanpa Pengetahuan Mereka
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya.
8. Tidak Berdengki dan Iri Hati
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman, berdoalah semoga kita jua berjaya sepertinya. Jika anda dengki dengan mengaibkan dia, ingatlah segala amal baik kita pasti hangus! Kerana Allah tak terima amal kebajikan orang yang berhasad dengki. Sucikan hati.
9. Mudah Memaafkan
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan di dalam memaafkan.
10. Hindari Permusuhan
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.
Semoga 10 Tips untuk Mendapat Jiwa yang Tenang ini dapat kita amalkan. Selamat berhujung minggu dan jom luangkan masa berkualiti bersama keluarga. Oh yer, jika nak dapatkan Balm Tasneem, boleh contact Dae. Tekan jer terus whatsapp link ni: www.wasap.my/60134540247/BalmTasneem/
No comments:
Post a Comment