Tuesday 8 January 2019

Apa Itu Essential Oil dan Bagaimana Ia Berfungsi

Apa Itu Essential Oil?
Secara ringkasnya, essential oil atau biasanya di sebut EO, ialah minyak pati tumbuhan yang diambil daripada bunga, daun, buah atau kulit pokok. Minyak ini terkumpul di dalam tisu tumbuhan yang disebut kelenjar tumbuhan.

Essential oil (minyak pati) yang beraroma ini diesktrak menggunakan kaedah penyulingan, enfleurage atau teknik maceration.

Contohnya ialah:
Minyak pati levender diambil dari daun dan bunga
Minyak pati oren diambil dari kulit oren
Minyak pati ros diambil dari bunga kelopak bunga ros


Bagaimana Essential Oil Berfungsi

Essential oil terdiri daripada molekul-molekul yang kecil yang mampu meresap ke dalam kulit, paru-paru dan merangsang sistem limbik (iaitu pusat kawalan emosi, perilaku, perasaan, stress, keseimbangan hormon dan memori manusia).

Molekul ini akan melalui peredaran darah, limfa dan cecair tisu, seterusnya keseluruhan tubuh untuk memberikan kesan kesembuhan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...