Pokok buah Mulberi.
ok uollls. Mulberi ni sebenarnya adik beradik dengan berries juga. Senang sangat nak jaga dan tanam dia, Cukup baja dan cahaya matahari, insyaallah banyak buah dia. Pokok mulberi ni sejenis pokok yang nak kan cahaya matahari untuk penghasilan buah.
Jom tengok macam mana cara mudah nak tanam pokok mulberi ni. Mulberi ni senang hidup. Dari keratan batang je.
Oleh kerana kat sabah susah cari pokok ni, Dae beli dari kawan di semenanjung.
Mintak tolong pakcik pos hantarkan.
Dah bertunas masa sampai ke kudat.
Kaedah paling mudah untuk tanam Mulberi. Cara ni Dae belajar dari acik nursery kat sini. Dae bagi nama KAEDAH SUNGKUP. Dalam gambar tu,
Dae buat perbandingan antara keratan yang di sungkup dan kaedah tanam biasa.Untuk tanaman yang kita nak guna kaedah sungkup ni:
1- Kita kena pastikan keratan dia tak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Sambil2 tu perhatikan jugak mata tunas dia.
2- Plastik yang sesuai. Nak mudah lagi cari plastik warna putih. Senang nak intai mata tunas dia dah keluar daun @ belum.
3- Pasu @ bekas yang sesuai.
4- Tanah yang sesuai.
Cara - caranya :
Masukkkan tanah dalam pasu. Siram tanah dengan air. Cucuk keratan batang 1inci ke dalam tanah. Sungkupkan dengan plastik yang sesuai. Letak di tempat yang redup. Biarkan selama seminggu. Dalam seminggu ni, tak perlu siram tanah dengan air. Dengan kaedah sungkup ni, medium tanah tu akan sentiasa lembab selagi kita tak buka plastik dia.
Tadaaaaa.. Selepas 5 hari. Bila daun dah melebar nanti, bolehlah pindahkan ke tempat yang ada cahaya matahari. Pokok Mulberi ni memang sejenis yang nak cahaya matahari untuk berbuah.
Gigih mama tanam pokok Mulberi ni untuk dia. Nak makan petik je kat pokok.
Dah 4 tahun usia pokok2 ni. Dae tanam dalam pasu je.
Masam-masam manis rasa dia.