Monday, 14 January 2019

5 Tips Didik Anak Kemas Mainan

Pernah tak kita sebagai ibu-ibu rasa geramnya bila anak buat sepah mainan! Masa nak main tu, dah pesan dah: “Lepas main kemas mainan yer”.

Tapi… penyudahnya? Ibuuuuu jugak kena kemas *sigh*



Jadi, macam mana kita nak didik anak-anak supaya bertanggungjawab untuk kemas semula mainan mereka setelah selesai bermain? Dae ada 5 tips didik anak kemas mainan yang boleh kita cuba praktikkan.


1.  Didik anak sejak dari bayi lagi
Bila kita bermain bersama bayi, kita terus ajar mereka berkemas. Masukkan mainan dalam bekas mainan. Sambil bercakap dan buat. “Okey sayang, kita dah siap main. Jom kita kemas sama-sama”.


2. Sediakan  bekas mainan berbeza untuk setiap jenis mainan.
Dengan cara ini, mainan tidak bercampur-aduk. Senang untuk bermain dan mengemas semula. Anak-anak juga lebih fokus ketika bermain kerana mereka tak jadi “kemaruk” semuanya nak main serentak!


3. Keluarkan hanya 1 bekas permainan pada setiap sesi bermain.
Ini berkait dengan tips #2 di atas. Semakin banyak semakin meriah = semakin bersepah! Jadi, keluarkan hanya 1 bekas permainan sahaja pada setiap sesi. Nak main mainan lain? Haa, kemas dan simpan dulu mainan dok main ni. Lepas tu, baru boleh ambil bekas mainan lain pulak!



4. Semai rasa sayang dan tanggungjawab anak pada mainan.
Bila ada rasa sayang dan tanggungjawab pada mainan, anak-anak pasti akan jaga dengan baik. Dah lepas main, kemas dan letak tempat yang sepatutnya. Macam mana nak semai rasa sayang dan tanggungjawab ni? Kita sebagai ibu-bapa kenalah terap nilai ini sejak mereka bayi lagi.


5. Beri galakan dan penghargaan atas usaha anak mengemas.
Anak-anak suka diberi galakan dan penghargaan. “Wah, baguslaa anak ibu, kemas mainan sendiri. Terima kasih sebab bantu ibu”.




Semoga 5 tips didik anak kemas mainan yang Dae share ini dapat kita praktikkan untuk anak-anak kita. Didikan untuk anak-anak bermula dari bayi lagi dan dari rumah. Ibu bapa perlu mainkan peranan secara konsisten, lembut tetapi tegas agar kita dapat bentuk sikap dan sahsiah anak sejak dari rumah lagi.


InsyaAllah, Dae akan share lagi tips Keibubapaan dalam entry akan datang. Sehingga berjumpa lagi. Bye!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...