Pejam celik, pejam celik, harini dah pun masuk setengah bulan kita berada dalam tahun 2019. Rasa masa cepat berlalu. Apatah lagi bila menjelangnya musim sesi persekolahan 2019 lepas, duit mengalir macam air terjun! Lajuuuuu! Dok hitung berapa hari lagi gaji nak masuk.
Walaupun kita disarankan untuk berjimat cermat, namun setakat mana kita mampu melakukannya. Atau dengan bahasa mudahnya: "celah mana lagi nak berjimat, kalau harga barang naik melambung-lambung... takkan nak makan ubi kayu rebus kot... ubi kayu pun mahal sekarang ni". Begitu Dae bagi contohnya. Melampau tak contohnya? Hihi.
Kepada yang berpendapatan tinggi, ia mungkin tidak memberi apa-apa kesan. Tetapi bagaimana dengan golongan sederhana dan yang berpendapatan rendah. Kehidupan pasti kian terhimpit. Tekanan daripada segi kewangan secara tidak langsung menyumbang kepada tekanan dalam diri dan keluarga. Ia melahirkan seorang individu, keluarga dan masyarakat yang tidak sihat daripada segi emosi dan fizikal.
Tapi, walau bagaimana kita mengeluh, marah, kecewa dan tidak berpuas hati sekalipun, kita sebagai rakyat jelata hanya perlu akur sahaja. Bak kata pepatah umpama anjing menyalak bukit. Ia tidak memberi apa-apa kesan pun, malah kita yang sakit tekak sedangkan keadaan tak berubah pun!
Untuk wanita bekerja, sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pendapatan keluarga. Dengan gaji bulanan yang diperolehi, mereka dapatlah menyumbang dan membantu apa yang perlu. Bersyukur sangat sebab Dae pun masih lagi diberi kurniaan rezeki bekerja dan berpendapatan tetap.
Namun, surirumah jugak tak kurang juga peluang untuk mereka jana pendapatan dari rumah. Malah, mereka lebih lagi berpeluang jana pendapatan yang lumayan kerana mereka boleh tentukan bisnes apa yang mereka nak ceburi, kebebasan masa untuk uruskan bisnes dan keluarga dan juga lebih fleksibel dalam menentukan hala tuju bisnes.
Macam rakan-rakan Dae dalam bisnes Tasneem Naturel, termasuklah Master Leader Aminah Hussain dan Master Leader Sakinah Hamid. Mereka berdua adalah surirumah yang menjana pendapatan lumayan dengan bisnes Tasneem Naturel. Sebab itulah, Dae sanggup korbankan masa dan tenaga untuk bisnes Tasneem Naturel.
Tak apalah, penat dan terkejar-kejar masa antara keluarga, kerja hakiki dan juga bisnes, namun Dae akan teruskan perjuangan ini. Lagi pun, produk-produk Tasneem ni dapat bantu ibu bapa untuk untuk mendapatkan produk bayi dan kanak-kanak yang selamat. Syukur sangat dapat kongsi manfaat dan sebarkan kebaikan produk-produk Tasneem.
Jadi, jika korang adalah surirumah, korang juga boleh jana pendapatan dari rumah dengan bisnes Tasneem Naturel. Surirumah boleh bantu suami jana pendapatan. Tak ada bezannya kita ni, asalkan kita ada matlamat dan kesungguhan untuk berjaya.
Dae sangat alu-alukan korang yang berminat nak berbisnes dengan Tasneem Naturel. Nanti, bolehlah contact Dae. Kita cerita panjang kat whatsapp.
Tekan jer link ni tau: www.wasap.my/60134540247/
No comments:
Post a Comment