Wednesday, 16 January 2019

5 Tips Nak Bisnes Sambil Kerja

Zaman sekarang ni, bukanlah satu hal yang pelik bila wanita bisnes sambil bekerja. Dengan adanya kemudahan gadjet yang on-the-go, produk dan sistem bisnes yang semakin canggih dan meledaknya trend online shopping, ramai yang ambil peluang berbisnes walaupun masih bekerja.

Eh, Dae pun termasuk dalam golongan wanita bisnes sambil bekerja tau! Jadi, harini Dae nak share 5 tips nak bisnes sambil bekerja, berdasarkan pengalaman Dae dan juga hasil rujukan dan bacaan. Jomlah kita sama-sama baca dan cuba praktikkan. 


5 Tips Nak Bisnes Sambil Kerja:

1. Pilih jenis bisnes yang tak mengganggu kerja hakiki
Antara bisnes yang sesuai ialah sebagai dropship atau agent yang mana kita boleh pilih untuk uruskan order, stok dan parcel sendiri atau leader atau HQ uruskan. 

Kita hanya fokus pada urusan marketing dan pelanggan jer. Bila dah close order dan dapat payment, kita serahkan pada pihak leader atau HQ uruskan. Jimat masa, tenaga dan kos! Jadi ia tidaklah mengganggu urusan kerja hakiki kita. 


2. Sanggup korbankan masa
Ini kita kena kental sikitlah. Yelah, dah penat kerja hakiki, lepas tu balik rumah nak uruskan keluarga, lepas tu nak kena buat kerja bisnes pulak. Takper, kita kena ikhlas dan kental korbankan sikit masa. Dalam sejam hingga 2 jam sahaja jika kita betul-betul FOKUS dalam tempoh masa tu, dah memadai dah. Jangan pulak time tu lah jugak nak sebuk layan FB la, layan IG la, haaa itu bagi 8 jam pun tak cukup hihi. Jadi, kena disiplin!


3. Jadualkan Posting
Jika kita gunakan blog, fanpage dan facebook personal, kita boleh jadualkan posting kita. Buat schedule posting secara konsisten untuk setiap channel marketing yang kita gunakan. Seeloknya buat pada hari minggu. 


4. Minta bantuan pasangan jika perlu
Sebagai isteri, yang terbaik ialah memohon restu suami untuk berbisnes. Dengan adanya restu suami, kita bukan saja dapat keberkatan dan doa, kita juga lebih mudah untuk minta pertolongan beliau. Contohnya kita nak buat entry schedule post di blog untuk seminggu pada hari minggu, ia akan memakan masa berjam-jam. Jadi, mintalah tolong suami jaga anak. Kalau pandai beli jiwa, boleh mintak tolong dia masak sekali. Haha, apa salahnya, nak merasa air tangan suami pulak, ye dokkk? 



5. Jangan ganggu waktu kerja hakiki untuk urusan bisnes!
Ini perlu ditekankan dan diambil perhatian. Jaga keberkatan rezeki kita. Elakkan buat sebarang urusan bisnes semasa sedang dalam waktu kerja hakiki. Takper, sabar jika ada orang tanya pasal bisnes atau produk. Doa jer dengan Allah, semoga jagakan rezeki kita. Kalau dah rezeki kita, tak ke mana jika ia telah tertulis untuk kita. Mana lagi penting? Dapat sale atau dapat rezeki yang berkat kerana kita jaga apa yang wajib kita dahulukan?


Itu saja 5 tip nak bisnes sambil kerja yang Dae nak share pada harini. Semoga ianya bermanfaat dan ia juga adalah pesanan untuk Dae juga. Sehingga berjumpa lagi. Bye!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...