Siapa kat sini suka letak pokok hidup dalam rumah? Dae ada sorang kawan kat Facebook, dia memang obsses sangat dengan indoor plant! Bila tengok kat Facebook dia, kerap sangat dia pergi nurseri beli pokok.
Korang mesti tau kan, bila letak indoor plant dalam rumah, ia boleh beri manfaat pada kita. Udara yang lebih bersih dan segar, suasana yang lebih nyaman dan tenang dan juga kesan untuk kesihatan yang lebih baik.
Namun, bukan semua pokok sesuai diletakkan dalam rumah. Jom, kita kenali 7 jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk diletakkan dalam rumah.
1. Golden Pothos
Juga dikenali dengan nama Money Plant. Ia boleh membersihkan udara dalam rumah. Pohon yang memiliki spesis daun seperti keladi ini mudah dijaga dan tak perlukan cahaya matahari yang banyak.
2. Spider Plant
Sejenis tumbuhan seperti rumput. Kombinasi warna daun hijau dan putih menjadikannya sangat cantik sebagai dekorasi di dalam rumah.
3. Aloe Vera
Aloe Vera memang tidak asing lagi dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Bila dah tanam, hendak guna, petik sahaja. Aloe Vera juga mudah dijaga dan tak perlukan banyak perhatian. Ia boleh membiak dan membesar dengan cepat.
4. Bamboo Palm
Jangan tertukar dengan anak pokok kelapa sawit sudah la yer hehe. Bamboo palm memang pokok yang sangat cantik daunnya!
5. Snake Plant
Kalau kat Malaysia, nama dia menyeramkan sikit: Lidah Mak Mertua. Haaa, betapa tajamnya Lidah Mak Mertua, mak mertua saper la tu, Oh, mungkin mak mertua Kassim Selamat, iaitu Nyonya Mansur hehe. Pokok ni, paling sesuai untuk sesiapa yang baru nak berjinak-jinak tanam pokok hiasan. Tahap survival dia untuk hidup memang tinggi! Oh yer, ada bermacam-macam jenis pokok Snake Plant ni, memang rambang mata melihatnya.
6. Peace Lily
Bunganya memang cantik. Bentuk daunnya juga sangat menarik. Letak dalam vase atau bakul yang cantik, memang berseri dekorasi rumah kita.
7. Monstera
Monstera memang ada peminatnya yang fanatik kalau kita tengok kat Instagram! Montera mempunyai daun berkilau dan bergerigi yang cantik. Di dalam ruangan ukuran daunnya mampu membesar sehingga telapak orang dewasa. Memang sangat cantik! Harga pun cantik hihi.
Kalau nak cuci mata tengok pokok-pokok dalam rumah aka indoor plant, korang boleh layan kat IG. Ya Allah, memang rambang mata dibuatnya! Kalau mat salleh dan minah salleh punya pokok lagi la cantik-cantik. Gigih betul dorang jaga pokok. Lepas tu, shoot gambar pun sangatlah menarik. Haa cepat pergi bukak IG cuci mata. Terapi!